1- TIADA Kawalan EMOSI Berbelanja Manusia penuh dengan emosi terutamanya dalam berbelanja di mana ramai yang tidak dapat membezakan KEPERLUAN & KEHENDAK.Kereta VIVA yang menjadi KEPERLUAN tetapi kerana emosi terbeli HONDA kerana kehendak.
2- Tiada IMPIAN yang besar Hidup tanpa impian seolah-olah jiwa kita telah mati. Impian untuk siapa ? Ramai yang lupa untuk berimpian besar. Ramai yang tidak nampak untuk berimpian besar untuk DIRI, KELUARGA & MASYARAKAT.
3- Tiada MATLAMAT Kewangan Bila RM1,000,000 pertama aku ? Apa strategi aku kalau nak capai RM1,000,000 ? Boleh ke aku jadi jutawan ? Ia tidak akan pernah kota capai jika kita tidak pernah meletakkan matlamat kewangan untuk capai.
4- Tiada DISIPLIN Menyimpan Tabiat menyimpan tidak ada di kalangan masyarakat. Bekerja setiap hari tanpa sedar , muda jadi tua tetapi tidak ada simpanan sebab tidak pernah bermula untuk menyimpan sedikit demi sedikit sehingga menjadi “IBU DUIT” yang boleh menjadi penyumbang pendapatan pasif setiap tahun melalui DIVIDEN dan BONUS.
5- Tidak ada USAHA untuk TAMBAH PENDAPATAN atau BERNIAGA. Sikap malas nak berusaha tambah pendapatan melalui PERNIAGAAN, suka merungut tetapi tidak pernah hendak bertindak untuk ubah hidup. Sikap ini yang menyebabkan selama-lamanya keadaan kewangan kita susah hendak berubah.
6- Tidak bayar ZAKAT, ELAUN IBU AYAH, SEDEKAH, NAFKAH Tanpa sedar ramai yang ambik mudah isu ini di mana akhirnya hilang keberkatan dan berlaku kebocoran kewangan dan oada akhirnya tiada pun duit simpanan walau 3 bulan wang kecemasan. Ramai yang tidak paham tentang kunci keberkatan melalui perlaksanaan perkara-perkara di atas.
7- Tidak usaha bina “BUYING POWER” ( Kuasa Beli ) & “HOLDING POWER” Keupayaan KUASA BELI daripada tunai dan pembiayaan yang rendah membuatkan ramai yang tak dapat menggandakan simpanan mereka. Nilai pendapatan rendah di sebabkan ramai yang hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan.
Apabila tidak ada lebihan untuk di simpan jadi nilai simpanan menjadi rendah dan bermakna “Holding Power” kuasa pemeganganjadi rendah. “Buying Power” mesti bersamaan dengan “Holding Power” . Perancangan ini sangat penting untuk memastikan kita sentiasa bersedia walau dalam ekonomi merudum atau bisnes kita mengalami cabaran.