CETAK DUIT JADI HARTA, HARTA UNTUK SIAPA ?

[ CETAK DUIT JADI HARTA, HARTA UNTUK SIAPA ? CETAK DUIT TAPI TAK DE USAHA UNTUK URUS DUIT ! KERJA KUAT2 HARTA UNTUK SIAPA ? MASA HIDUP BOLEH URUS HARTA , DAH MATI INGAT SENANG KE NAK URUS ? ]

Kredit: MJ(Mak Jerung) @ Pn Ieza Yusof

NOTA : PENTING UNTUK UOLLs TAG & Share suami / isteri / Kawan-kawan yang penting dalam hidup uollls

Ramai di kalangan kita yang bersungguh2 buat duit untuk bina harta sebanyak mungkin. Ambik masa yang banyak untuk belajar buat duit tapi agak jarang yang luangkan masa untuk belajar urus duit dan harta.
 
Masa berlalu tanpa sedar Allah jemput pulang…. Allahuakbar ! Al Fatihah ….
Bayangkan apa berlaku selepas kematian kita ? ? Nak bayangkan pun takut betapa kelam kabutnya keadaan pewaris yang ditinggalkan tanpa ILMU.
1- Waris tidak tahu proses tuntutan
– Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku. Pewaris akan start menuding jari antara satu sama lain untuk menguruskan proses tersebut.
 
“ Siapa Yang akan urus harta anda ?”
kalau takde jawapan sila berhati-hati harta anda bakal beku asbab tiada orang yang menguruskan.
2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi
– Mengikut Akta Probate & Pentadbiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.
 
“Siapa yang akan membayar kos pengurusan harta pusaka anda setelah kematian anda ?”
 
Sila bagi nama dehh ! !
– Bab dapat duit & harta akan ramai serah diri nak duit/harta, tapi bila bab keluar duit confirm tak ramai nak serah diri..sorang pun belum tentu !
3. Tidak ada kesepakatan antara waris
– Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.
 
– Mula lah akan berkira-kira dan memandang serong pula antara satu sama lain. Situasi ini memang banyak di lakonkan dalam drama kerana ia memang benar-benar banyak berlaku dalam masyarakat kita dari dulu sampai sekarang….
4. Waris tiada masa urus pusaka
– Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.
 
– Satgi ambik cuti gaji kena potong pulak, di tambah pulak nak uruskan kena keluar duit pastu kena cuti kerja pulak tak dapat duit gaji. Mahu ada yang hangin satu badan…
 
– Yang menunggu nak dapat duit & harta memang ramai tetapi yang nak sanggup spend masa uruskan tu belum tentu ada.
5. Waris tidak tahu hukum faraid
– Ilmu faraid ini jarang disentuh dan dikupas secara mendalam samada di sekolah, universiti mahupun di pengajian di masjid-masjid. Ramai yang menganggap ilmu ini tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.
 
– Banyak kes-kes kematian yang berlaku pewaris yang ditinggalkan memakan harta yang batil ( Hak orang lain ) contohnya duit pampasan insuran / KWSP , sepatutnya nama penerima hanyalah sebagai pemegang amanah untuk membahagikan kepada pewaris FARAID tetapi asbab cetek ilmu tak paham dah menghabiskan duit / harta hak orang lain.
6. Harta yang ditinggalkan kecil
– Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar. Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut. Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati sampai bila-bila.
 
– Pewaris rasa proses menguruskan susah sedangakan jika kita dah uruskan proses wasiat untuk harta kita di tadbir setelah kematian kita supaya harta kita dapat memberi manfaat dan menjadi saham akhirat kepada kita sendiri.
7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama
– Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain. Hendak cari mereka semula itu yang susah dan memakan masa. Tidak ada kesepakatan juga menjadi isu utama. Bergaduh di mahkamah bertahun-bertahun berebutkan harta si mati.
 
– Secara tak langsung jika kita tak bertindak mengurus duit/harta kita ketika hidup menyebabkan waris-waris bermasam muka setelah kematian kita.
Kesimpulannya, buat persiapan dari sekarang ketika masih hidup. Di dalam bidang pengurusan kewangan, bahagian ini dinamakan Estate Planning atau Wealth Distribution. Anda boleh gunakan hibah,wasiat atau faraid untuk uruskan harta anda apabila anda sudah tidak ada nanti.
 
Rancang harta kita ketika kita masih hidup…Harta menjadi Pusaka setelah mati. PUSAKA boleh jadi PUAKA kalau kita tak sedar kepentingan Penulisan Wasiat / Hibah sebagai SOLUSI untuk anda & keluarga tersayang ….
 
BELAJAR SESUATU ?

Leave A Comment

No products in the cart.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive latest news, updates, promotions, and special offers delivered directly to your inbox.
No, thanks
X