KONSULTAN YANG WAJIB KORANG ELAK ( Product Pusher )

Kalau korank jumpa konsultan TAKAFUL yang tanya “berapa bajet kau untuk ambik perlindungan takaful “ ?

Ahaaa korang kena hati2 sikit kalau soalan ni yang di tanya oleh konsultan tersebut dimana menunjukkan dia tak ambik tahu tahap kewangan sebenar kita sebagai customer.

Sebagai konsultan kewangan, penasihat kena advise ikut financial rules bukan tanya berapa bajet kita utk ambik Takaful… Jika keadaan kewangan tidak mengizinkan untuk bermula mengikut financial rules maka boleh bermula sedikit walau belum sempurna untuk mendapatkan perlindungan.

Jadi trend plak Approach sekarang ejen takaful advise supaya kita bayar contribution takaful dalam masa yg singkat contoh 5 ke 10 tahun sahaja dgn jumlah yg agak tinggi. .. coverage leh cover sehingga 30 tahun….

ya betul tempoh pinjaman pendek tetapi jumlah contribution yang dikeluarkan daripada poket kita agak TINGGI di mana wang tersebut patutnya di kembangkan kpd instrumen PELABURAN.

Contoh :
Male, age 25 , Non Smoker

Option A ( Ikut financial rules )
– Coverage Death / Disability RM1,000,000
– Contribution Takaful RM400 sebulan
– Investment RM700 di ASB/Tabung Haji / Emas
– Pulangan 10 tahun akan dtg ?
JUMLAH

Vs

Option B ( Tak ikut Financial rules )
– Coverage Death / Disability RM1,000,000
– Contribution Takaful RM1,050 sebulan
– Pulangan 10 tahun akan datang ?

So Option A lebih berbaloi dan ikut financial rules….RM400 Vs RM1,050… banyak beza wooo…

TETAPI TETAPI TETAPI
Jika korank ada duit SIMPANAN yang memang melambak2 dan malas nak Commit pembayaran tempoh panjang maka boleh jerrrrr utk ambik tempoh pembayaran PENDEK ….
.
dan dan dan dannn tempoh coverage yang patut kita ambil terutamanya polisi/sijil pertama kita adalah yg bertempoh “whole life” disebabkan kita tak tahu hidup sehingga bila jika kita hanya sign up yg bertempoh 30tahun sahaja…

MJ tersontot ambik INSURAN drp 2001 – 2010… amount ambik tak ikut financial rules sebab takde ILMU…huhuhuhu…

Cuba elak daripada ejen unit amanah yang kalau boleh semua duit simpanan kita nak suh masuk Unit Amanah. Tak de pulak dia nak mengkaji kekukuhan kewangan kita berapa jumlah yangg sesuai untuk kita invest. Konsultan yang betul2 boleh kita percaya adalah apabila dia boleh advise dengan formula rules kewangan yangg betul dan tidak menasihatkan untuk meletakkan duit kita dalam satu instrumen pelaburan sahaja…

Unit Amanah adalah antara instrumen yang baik untuk menjana wang persaraan @ pendidikan kita … MJ Ulangi ya PENDIDIKAN & PERSARAAN jadi ofkos melibatkan tempoh panjang untuk jana keuntungan … jangan expect pulangan dalam jangka pendek….

MJ start Unit Amanah sejak tahun 2006 lagi… beberapa Unit Amanah MJ sign up… buat tak tahu je duit ni sebab MJ target utk duit bersara…

 

Ada juga ejen2 emas yang juga suka advise beli emas tapi tak pernah tanya aliran tunai kewangan kita… Kalau bleh dia nak semua duit kita letak kat emas….

Rules simpanan … 10% daripada nilai simpanan korank letaklah dalam bentuk EMAS contoh kalau duit Simpanan RM100K makan RM10K lehlah beli emas…

Ada 4 Jenis orang dalam pelaburan EMAS :-

4.1 ) Penyimpan emas
Kumpulan ini membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai yang sentiasa bocor dan susut nilainya dimamah inflasi. Duit yang ada ditukar jadi emas walau hanya serendah 1 gram setiap kali. Matlamat akhir ialah supaya gram emas sentiasa bertambah. Harga tidak penting, asalkan gram emas bertambah. Harga naik beli, harga turun pun beli.

4.2) Pelabur emas
Kumpulan ini membeli emas sebagai alat pelaburan demi untuk pulangan tunai yang lebih banyak. Biasanya akan mencari harga terbaik untuk membeli dan harga tertinggi untuk menjual. Item yang dibeli bermula dari gold bar 100 gram dan ke atas. Ilmu asas yang perlu ada ialah analisis teknikal iaitu belajar baca graf turun naik harga emas.

4.3) Peniaga emas
Kumpulan ini adalah gabungan penyimpan dan pelabur. Beli emas untuk simpanan sendiri. Di samping itu juga mengintai-intai peluang untuk buat duit dengan menjual pada harga tinggi samada kepada pasaran terbuka atau menjual balik pada tempat di mana mereka membeli emas tersebut. Kelebihannya ialah, boleh bertambah gram emas dan juga boleh bertambah duit untuk membeli lebih banyak gram emas. Peniaga emas di Public Gold biasanya adalah dealer yang juga boleh membina karier dan empayar emas sebagai pendapatan aktif dan pasif.

4.4) Penagih emas
Kumpulan ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Asal emas saja dibelinya, tidak mengira harga. Selain dari item biasa, item edisi terhad dan edisi istimewa juga menjadi pilihan. Nombor siri dan design juga menjadi faktor sehingga mereka sanggup membeli walaupun pada harga yang tinggi.

Elakkan diri korang daripada ejen2 hartanah yang hanya bawak korang untuk view hartanah tanpa selit ilmu perancangan kewangan untuk tahu kesesuaian nilai hartanah yang patut korang beli.

Kenapa penting seorang ejen hartanah kena ada ilmu kewangan adalah supaya dapat pastikan kemampuan yg sesuai dengan hartanah yg nak di propose kpd kita….

LAYAK tak semestinya MAMPU

LAYAK pinjaman maybe RM1,000,000 tapi MAMPU bayar ntah2 hanya utk nilai RM500,000 !

Cer pikir pikir kan !

MJ berhati2 memilih ikut kemampuan iaitu

BUYING POWER = HOLDING POWER

sebab MJ dan tersontot hartanah sebelum nih masa di awal 10 hartanah pertama MJ. ( Boleh baca dalam buku JERAT KEWANGAN & HARTANAH ).

haaaa ni kena hati2 bila derang advise suh masuk skim MLM yg bermula terus dengan nilai yang besar… Ni biasanya derang akan target org2 GOMEN yg senang dapat pinjaman.

Dengan EMOSI nak cepat kaya ramai yg tersontot join skim MLM pakej premium dengan harapan utk cepat kaya dan jalan pintas nak dapat duit adalah dengan buat Pinjaman Peribadi…

Dengan harapan dpt untung besar nanti boleh bayar pinjaman peribadi tersebut… hurrrmmmm akhirnya bila pemalas langsung bisnes x gerak dan akhirnya kena pakai produk2 tu sendiri atau buat jualan murah…di tambah plak beban nak bayar pinjaman peribadi yg dah buat masa nak join tuh !

Haishhhh abis juga duit !

MJ pernah buat pinjaman BANK RAKYAT utk join MLM nih sebanyak RM60K. Pinjaman pada tahun 2007 … 10 tahun baru abis bayar tahun 2017…hadoiii sakit tuh di sini nak membayar ! SKIM tu dah kena stop plak dengan BNM sebab ada unsur2 yg mencurigakan…Huwaaaa konon nak cepat KAYA akhirnya dapat KAYAP !

Kalau ejen ASB Financing terus sergah korang ambik RM400K, korang kena pikirkan

1. Tentang aliran tunai kewangan individu.
2. Kadar Baki Debts Service Ratio ( DSR )

Jangan sampai dok buat ASB Financing penuh pastu Profil BURST takleh nak entry hartanah…. hati2 buat keputusan!

ASB Financing adalah salah satu instrumen yg MJ pakai untuk dapatkan “KECAIRAN TUNAI” melalui DIVIDEN & BONUS untuk MJ buat deposit hartanah masa awal2 MJ dalam dunia pelaburan…Tetapi
Kena UKUR BAJU DI BADAN sendiri utk brp jumlah pembiayaan / pinjaman ASB tuhh.
Pelbagaikan pelaburan kita jgn hanya focus banyak kpd satu instrumen pelaburan sahaja.

hurmmm bab ni agak heavy & ngeri…. Ramai yg terkocoh2 nak cepat kaya melalui saham. Cara yg terbaek adalah g belajar untuk tambah ilmu barulah start invest.

Saham ada turun naik…dan agak berisiko…setiap duit yg kita nak gunakan pastikan mengikut rules kewangan yg betul….bukan ikut EMoSI…

MJ pernah rugi RM70K dalam masa setahun MJ melibatkan diri dalam SAHAM dengan EMOSI… Now dalam saham MJ ambik keputusan hanya sebagai INVESTOR bukan TRADER…

Pastikan duit yang digunakan untuk pelaburan saham dengan menggunakan “IDLE FUND” sahaja iaitu duit lebihan simpanan bukan guna duit bajet pendidikan anak2 atau wang kecemasan.

Ada yang guna duit bulanan susu anak and beli brg dapur utk labur saham . Itu salah !

Dalam orang teruja mencari2 ilmu akan ada orang2 yg mengambil kesempatan buat seminar. So sila lah berhati2 supaya korang tak terjebak join seminar2 yang kita tak tahu latar belakang speaker tersebut.

Buatlah kajian sikit ttg speaker2 yg ada dipasaran nih… Sebab ada Speaker PELABURAN HARTANAH tapi tak melabur HARTANAH.. kan kelakar tuhhh… So sebelum duit korang habis better study betul2 speaker background supaya duit yg korang keluarkan tak jadi sia2….

Cari SEMINAR drp speaker yg proven SUCCESS…

MJ pernah bayar RM12K ( Yuran kelas ) + RM12K ( Yuran Lawyer ) = RM24K utk belajar memendekkan tempoh pinjaman dimana ilmu ni MJ kongsikan secara PERCUMA dlm FB Live Video MJ yg telah reach 1.3Juta and 650K view.. Alhamdulillah…

MJ juga hampir bayar RM40K plus utk belajar kelas hartanah tetapi nasib baik Allah lindungi MJ drp membayar… ramai yang dah bayar tapi kelas x di adakan ….. huhh

So, kesimpulannya semua ejen2 atau konsultan wajib ada ilmu kewangan yg mantap untuk advise kepada masyarakat…

Pergi kerja pagi balik petang untuk mencari rezeki, kerana tersalah pilih konsultan akibatnya menanggung kerugian jangka panjang….

Korang kena pandai HIDU konsultan “Product Pusher” atau konsultan yg betul2 ikut financial rules yg ada ILMU & PENGALAMAN dalam pengurusan KEWANGAN & PELABURAN…

Tips MJ nih MJ sharekan melalui pengalaman sebenar MJ yg boleh dijadikan tauladan… Kenapa MJ mendalami ilmu kewangan disebabkan perjuangan nak bantu orang lain supaya tak buat kesilapan macam MJ dah lalui….

Korang tlg LIKE & SHARE laju2 supaya dpt manfaat….

Kredit: MJ(Mak Jerung) @ Pn Ieza Yusof

Leave A Comment

No products in the cart.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive latest news, updates, promotions, and special offers delivered directly to your inbox.
No, thanks
X