Pelan Hibah Takaful / Penggantian Pendapatan

“HIBAH TAKAFUL adalah “HADIAH PAMPASAN” buat isteri, anak-anak dan keluarga berkonsepkan Hibah
𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 ?
Ia adalah satu Pelan Penganti Pendapatan yang perlu disediakan setiap Ketua Keluarga ( Yang berpendapatan, yang tanggung kos sara hidup keluarga)
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 ?
Kerana ia melindungi keluarga tatkala ketua keluarga (yang sara keluarga) hadapi risiko kematian kerana sakit, kemalangan atau secara mengejut.
Jawapan :
Kedua-dua suami isteri perlu MEMILIKI SIJIL HIBAH TAKAFUL ini. Suami hibahkan pada isteri, isteri hibahkan pada suami. Kerana dirisaukan jika isteri yang meninggal dulu, suami terpaksa mencari sumber tambahan menggantikan pendapatan isteri yang support belanja selama ini. Malah akan lebih berat jika segala urusan isteri jaga anak-anak juga ditanggung suami seorang.
Syarikat Takaful menyediakan pelan Hibah Takaful dalam bentuk 𝗦𝗘𝗝𝗨𝗠𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 yang akan diserahkan pada penerima hibah takaful ( isteri atau sesiapa sahaja ) melalui cek.
Penerima hibah boleh tunaikan cek tersebut untuk dapatkan dana tunai segera untuk menampung perbelanjaan sara hidup untuk meneruskan kehidupan , keadaan ini meringankan bebanan si isteri yang terpaksa menanggung tanggungjawab sara hidup dan anak-anak tanpa suami disisinya.



Pelan Penggantian pendapatan ni sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak hutang dan tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk masa depan.
Pelan Penggantian Pendapatan ini juga dikenali sebagai Hibah Takaful. Tapi kena ingat Hibah Takaful bukan bertujuan untuk waris kita bantu untuk lunaskan hutang kita.
“HIBAH TAKAFUL adalah “HADIAH PAMPASAN” buat isteri, anak-anak dan keluarga. Ia adalah satu Pelan Penganti Pendapatan yang perlu disediakan setiap Ketua Keluarga ( Yang berpendapatan, yang tanggung kos sara hidup keluarga). Kerana ia melindungi keluarga tatkala ketua keluarga (yang sara keluarga) hadapi risiko kematian kerana sakit, kemalangan atau secara mengejut.
Pelan Penggantian Pendapatan pula berfungsi bantu dan lindungi diri kita dari hutang atau risiko kewangan semasa masih hidup. Hibah Takaful pula lebih pada pelan penggantian pendapatan untuk waris kita selepas MATI / KEPERGIAN kita.

Dalam hidup ni ada 2(dua) kemungkinan. Sama ada Mati Awal atau Umur Panjang.
Kita Tahu tarikh lahir, tapi kita tak akan pernah tahu tarikh bila kita akan pergi.
Sekiranya Mati Awal berapa kos sara hidup yang suami dah sediakan untuk penggantian Pendapatan isteri dan anak-anak?

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
1- KAYA sebelum MISKIN
Risiko di buang kerja / bisnes merosot, pada masa yang sama ditimpa musibah sakit kritikal dan tidak ada punca pendapatan.
2- LAPANG sebelum SEMPIT
Risiko Sakit Kritikal, yang mana apa bila kita sakit segala hutang piutang kita yang belum habis bayar perlu diteruskan kepada pihak bank bagi mengelakkan harta/ aset yang kita kumpul bertahun tahun tidak hilang / di lelong begitu sahaja.
3- SIHAT sebelum SAKIT
Risiko Kecacatan kekal/ Sakit Kritikal, yang mana kita sudah tidak lagi mampu bekerja dan tidak mempunyai pendapatan seperti waktu sihat.
4- MUDA sebelum TUA
Risiko Tua, apabila tidak lagi mampu untuk bekerja mencari pendapatan untuk melangsaikan hutang yang belum habis bayar.
5- HIDUP sebelum MATI
Risiko Kematian : Bagi mengelakkan waris waris kita terbeban dengan hutang yang kita ditingkalkan. Bagi mengelakkan waris kita hilang Punca Pendapatan tanpa ada PENGGANTIAN PENDAPATAN untuk isteri dan anak anak kita meneruskan hidup





