Pelupusan Hutang / MLTT

Perlindungan Pinjaman Hartanah yang belum habis bayar bagi mengelakkan Hartanah di Lelong. Boleh digunakan semula apabila mahu membeli rumah baru.

Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun. Sudah menjadi kewajipan kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT (Loan), MLTT (Hibah Takaful), MRTA, atau MLTA. 

Polisi Perlindungan ini akan membayar semua Baki Hutang Pinjaman Bank anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal atau sakit kritikal. Dengan itu, Keluarga tidak akan terbeban dengan Hutang yang anda tinggalkan.

Terdapat beberapa pilihan polisi yang anda boleh lakukan untuk perlindungan ini. Antaranya :

Perlindungan Hutang Rumah Takaful (Patuh Syariah)

  • MRTT : Mortgage Reducing Term Takaful (Loan/DSR)
  • MLTT : Mortgage Level Term Takaful (Loan/DSR)
  • MLTT : Mortgage Level Term Takaful (Hibah Takaful)

Perlindungan Hutang Rumah Konvensional

  • MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
  • MLTA : Mortgage Level Term Assurance
Perlindungan MLTT (Hibah Takaful)

Contoh Situasi :
Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman

Pampasan akan diterima oleh Penama/Waris. Penama/Waris akan membayar Baki Hutang yang diambil dari Nilai Pampasan. Lebihan Pampasan adalah milik Waris. Rumah milik Waris Sepenuhnya.

Contoh Situasi :
Tidak Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman

Pilihan 1 : Polisi Dikekalkan
Untuk Tujuan Polisi Takaful Hibah Keluarga
Pilihan 2 : Polisi Ditamatkan
Nilai Tunai boleh Dituntut

Kelebihan Perlindungan MLTT (Hibah Takaful)
Manfaat Caruman Takaful

No products in the cart.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive latest news, updates, promotions, and special offers delivered directly to your inbox.
No, thanks
X